Showing posts with label Adsense. Show all posts
Showing posts with label Adsense. Show all posts

Monday, September 3, 2007

Produk Google Adsense

Produk Google Adsense:
1. Adsense for contents
2. Adsense for search
3. Adsense for referrals


Adsense for contents adalah iklan yang ditampilkan di web berdasarkan kandungan web atau blog kita. Misalnya, Blog stiker kereta bicara tentang stiker kereta, maka iklan yang ditampilkan di blog itu adalah iklan berkaitan stiker kereta. Kalau ada sesiapa menekan iklan di blog tersebut maka pemilik blog akan dibayar oleh Google Adsense.

Adsense for search adalah iklan yang ditampilkan berupa hasil pencarian yang dilakukan oleh pengunjung di web/blog kita melalui formula Google search yang dipasang di web/blog kita. Misalnya di blog ini ada search field dari Google. Kalau anda melakukan pencarian dari search filed itu lalu anda klik hasil carian, anda akan dibayar oleh Google Adsense beberapa sen dolar.

Adsense for referrals. Kalau bahasa mlm adalah iklan sponsor. Kita menampilkan iklan untuk mengarahkan pengunjung pada produk referral yang kita pasang. Pada mulanya iklan ini hanya memiliki produk berupa Google Adsense, Google Adwords, Google Apps dan Firefox with Google Toolbar. Namun, sekarang produk referrals ini sudah banyak. Produk-produk apa saja yang boleh dilihat pada gambar di bawah ini.


Bagaimana Meletakkan Adsense dalam posting

1. Log in ke blog anda

2. Tekan blog "template" dan klik pada link "page elemets".

3. Klik edit pada bahagian "blog posts".






4. Semak kotak yang menunjukkan "Show Ads Between Post(Gambar Configure Blog Posts).

Anda boleh memilih kekerapan iklan untuk dipaparkan, seperti sekali setiap kali selepas posting atau sekali setiap selepas posting berikutnya

5.Pilih iklan pilihan anda dan klik "Save Changes" bila telah selesai.

Anda akan dapati adsense anda akan berada di dalam posting anda.

Daripada plan tempat yang menjadi pilihan pada post yang lalu, kawasan ini adalah kawasan oren, pilihan tempat adsense terbaik yang dikunjungi oleh pengunjung.

Tingkatkan produktiviti adsense kita.

Selamat mencuba

Sunday, August 12, 2007

Strategi Unit Adsense Berganda

Menurut google, 3 unit adsense dibenarkan dipamerkan pada setiap halaman laman web/blog. Jika bekalan iklan mencukupi adalah lebih berkesan meletakkan 3 unit adsense pada halaman utama berbanding hanya mempamerkan 2 unit atau satu sahaja unit adsense.
Bagaimanapun jumlah pembayaran perlu diambil kira. Pada umumnya kita mendapat 60% daripada nilai( Untuk setiap klik bernilai USD 0.05 kita akan menerima USD0.03). Oleh demikian gunakan tools untuk memastikan adsense dengan bayaran tertinggi diletakkan di web anda.

Wednesday, August 8, 2007

Pengurusan lokasi Adsense

Jika anda pertama kali ingin memaparkan google adsense, pilihlah tempat yang paling strategik pada laman web anda.

Bagaimanapun kedudukan google ads berbeza dari muka ke muka atau dari laman ke laman bergantung kepada kandungan. Anda perlu persoalkan beberapa soalan sebelum mempertimbangkan di mana perlu meletakkan adsense anda.


  • Apa yang pengunjung inginkan dengan mengunjungi laman anda?

  • Apa mereka lakukan bila membuka halaman laman anda?

  • Dimana perhatian mereka yang menyebabkan lebih tumpuan?

  • Bagaimana menghubungkan adsense di kawasan tersebut
    tanpa mengganggu perhatian pengguna?

  • Bagaimana menjadikan halaman nampak kemas, terasa
    mengalu-alukan dan tidak membosankan?
Sesetengah lokasi kemungkinan lebih berjaya berbanding yang lain. "Peta Lokasi" berikut boleh dijadikan panduan."Peta lokasi" menggambarkan kawasan paling ideal. Warna dari oren gelap ( pretasi hebat) kepada kuning cair(prestasi biasa).

Adsense diletakkan pada di atas halaman (fold) berkebarangkalian mempunyai prestasi lebih baik berbanding di bawah halaman. Adsense yang diletakkan berhampiran kandungan menarik serta "alat bantuan" biasanya menunjukkan prestasi yang lebih baik sebab pengunjung lebih suka memberi penumpuan di kawasan tersebut. Bagaimanapun Anda akan dapati bahawa kawasan berprestasi hebat tidak seperti anda jangkakan pada sesetengah halaman.
Selamat mencuba!!!

Tuesday, July 31, 2007

E-book PERCUMA berkaitan Adsense

Tajuk: 100 cara promosi dan tingkatkan web trafik anda
Bahasa Malaysia.
Klik buku untuk download
Ulasan:
e-book ini sangat berguna kerana memaparkan berbagai teknik untuk memastikan laman web dipromosi secara efektif seterusnya menambahkan aliran trafik. Penambahan aliran trafik bermakna potensi penambahan pendapatan melalui Adsense, Google. Anda juga diberikan hiperangkai bagi setiap tool/teknik yang dibincangkan. Selamat membaca dan mencuba


Tajuk: 100 D0's and Don't in Web Design
Bahasa Inggeris
Klik buku untuk download
Ulasan:
e-book ini sangat baik terutama bagi yang ingin membina blog dan web. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan tak perlu dilakukan dalam membina blog dan web dibincangkan.


Tajuk: 99 Websites You Should Have Bookmarked.... But Probably Don't
Bahasa Inggeris
Klik Buku Untuk Download
Ulasan:Buku ini terjual di ebay tetapi untuk anda saya sertakan PERCUMA supaya anda boleh menambahkan kemahiran menjadikan laman web anda lebih efektif. Mengandungi berbagai laman web penting bagaimanapun sesetengahnya anda hanya boleh dapati pada contoh tool yang saya guna di blog ini.

Wednesday, July 18, 2007

Google Adsense Tips

Di Mana Mendaftar Google Adsense

Jika anda tidak tahu apa dia Google Adsense, jangan terus biarkan diri anda ditinggalkan zaman. Google Adsense wajib kita ketahui dan ikuti jika kita ingin bersama menghasilkan wang daripada blog. Google akan mempamerkan text mudah dan imej iklan di blog anda yang bersesuaian dengan apa yang anda tulis. Google secara konsisten membuktikan menghasilkan wang melalui blog

Pendaftaran Adsense

Contoh muka pendaftaran. Klik "Sign up now"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Storan penyimpan file tanpa had FREE

Text Link Ads