Wednesday, August 8, 2007

Pengurusan lokasi Adsense

Jika anda pertama kali ingin memaparkan google adsense, pilihlah tempat yang paling strategik pada laman web anda.

Bagaimanapun kedudukan google ads berbeza dari muka ke muka atau dari laman ke laman bergantung kepada kandungan. Anda perlu persoalkan beberapa soalan sebelum mempertimbangkan di mana perlu meletakkan adsense anda.


  • Apa yang pengunjung inginkan dengan mengunjungi laman anda?

  • Apa mereka lakukan bila membuka halaman laman anda?

  • Dimana perhatian mereka yang menyebabkan lebih tumpuan?

  • Bagaimana menghubungkan adsense di kawasan tersebut
    tanpa mengganggu perhatian pengguna?

  • Bagaimana menjadikan halaman nampak kemas, terasa
    mengalu-alukan dan tidak membosankan?
Sesetengah lokasi kemungkinan lebih berjaya berbanding yang lain. "Peta Lokasi" berikut boleh dijadikan panduan."Peta lokasi" menggambarkan kawasan paling ideal. Warna dari oren gelap ( pretasi hebat) kepada kuning cair(prestasi biasa).

Adsense diletakkan pada di atas halaman (fold) berkebarangkalian mempunyai prestasi lebih baik berbanding di bawah halaman. Adsense yang diletakkan berhampiran kandungan menarik serta "alat bantuan" biasanya menunjukkan prestasi yang lebih baik sebab pengunjung lebih suka memberi penumpuan di kawasan tersebut. Bagaimanapun Anda akan dapati bahawa kawasan berprestasi hebat tidak seperti anda jangkakan pada sesetengah halaman.
Selamat mencuba!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Storan penyimpan file tanpa had FREE

Text Link Ads